Nov 28, 2010

Malu Berjiwang?

Gua tak malu nak layan jiwang. Tapi apa yang gua perasan ramai orang malu nak berjiwang dalam blog, atau pesbuk, atau apa-apa rangkaian sosial. Takut kena bahan dengan kawan-kawan mungkin.

Masing-masing ada cara masing-masing untuk tunjuk perasaan sayang pada pasangan. Gua punya cara, gua pun tak pasti, lu kena tanya pada pasangan gua macam mana gua tunjuk sayang gua pada dia. Yang penting gua tak bagi dia pilihan KLCC atau gua.

Dan buat awak. Ye awak, saya tujukan entri ini untuk awak. Saya sayang awak. I love you so much my soulmate~

;)

Nov 13, 2010

Kemana Menghilang?

Ke mana hilang semangat berkobar-kobar gua?
Ke mana pergi janji-janji gua?
Ke mana pergi idea-idea gua?
Ke mana pergi kata-kata gua?

aiyo~

dulu masa mula-mula tulis blog, semangat lain macam punya berkobar-kobar. Janji dengan diri sendiri bukan main lagi hari-hari nak update blog. Idea bukan main mencurah-curah dengan kata-kata yang pelbagai dalam kepala. Tapi sekarang kenapa dah jadi lain? Gua musykil. Lu musykil tak???

Nov 3, 2010

Perlindungan?

Gua pengguna Ubuntu. Bukan sekadar pengguna, tapi gua juga penyokong ubuntu. Dan peminat ubuntu. Antara perkara yang paling gua berkenan dengan Ubuntu adalah Ubuntu bebas dari serangan virus windows. Quotes dari ubuntu tentang perkara ini adalah :

"Real Men Don't Use Antivirus" -Ubuntu.

Gua suka dengan ayat dia. Tapi gua ada ayat lagi power. Gua memang suka fikir benda bukan-bukan. Ayat gua jadi macam ni :

"BERSERONOK tanpa PERLINDUNGAN adalah lebih MEMUASKAN!" -Adliotto.

Amacam, canggih tak ayat gua?

Kalau berminat nak download Ubuntu boleh klik sini ->Ubuntu.com