Oct 27, 2010

Salah operator ke salah gua?

Cibai la. Gua tengah syok-syok layan pesbuk. Sekali bos gua hantar e-mail, "Adli tolong follow up dengan lab". Gua buat steady lagi. Dah memang tu tugasan gua. Gua akur je.

Gua tak pernah bercakap dengan orang makmal lagi. Gua tenung telefon pejabat gua yang canggih tu,gua gementar sekejap. Gua tebalkan muka, gua tanya jiran gua, "macam mana nak guna telefon ni". Jiran gua sangat membantu. Makmal pertama yang gua call, sempoi. Senang rupanya berurusan dengan orang makmal ni. Gua dah mula selesa bercakap dengan orang makmal. Selesai panggilan pertama.

Gua picit butang untuk panggilan ke dua. Operator dia menjawab panggilan. Gua dengan penuh keyakinan bersembang dengan orang 'makmal' tu. Gua minta sambungkan kepada orang yang berkenaan. Lepas tu gua sembang pula dengan 'orang berkenaan'. Tapi gua musykil, soalan gua kepada 'orang berkenaan' macam tak sampai. Gua tanya pasal makmal, 'orang berkenaan' tak dapat jawab.


.
.
.


Gua letak gagang telefon, gua membebel sorang-sorang. Bodoh punya operator. Bukan nak cakap nama syarikat masa jawab panggilan telefon.

Oct 18, 2010

Dilema Arowana

Dilema dalam hidup memang boleh buat jiwa kacau. Nak buat kerja pun rasa lain macam je sebab ade kekacauan dalam jiwa. Ok. Gua dalam dilema.

Lu pergi memancing, sebab hobi lu memancing. Lu minat sama ikan arowana, tapi lu tak bajet pun dapat ikan arowana. Lu mancing dan lu dapat arowana idaman. Tapi rumah lu tak ada akuarium. Dan lu tak de bajet untuk akuarium. Agak-agak apa nak bikin dengan arowana yang lu dapat?

Apa yang gua buat sekarang; gua letak arowana dalam baldi dan simpan di rumah. Kalau mati, xde rezeki. Kalau dah cukup bajet gua angkat akuarium satu bijik. Kalau dah ada akuarium tentu-tentu gua jaga arowana tu baik-baik. Sebab arowana tu adalah arowana idaman gua.

Lu agak-agak betul ke apa yang gua buat? Ke gua patut lepaskan arowana tu? Ke gua pergi gantung duit untuk beli akuarium?

Haish DILEMA betul.

C E L A K A !

Oct 3, 2010

Tuah Vs Jebat

Sejarah menceritakan Hang Tuah bengang sama Hang Jebat sebab Hang Jebat derhaka kepada sultan.

Dalam entri sebelum ni gua cerita kisah gua derhaka sama bonda gua. Hang Tuah muncul kembali dan marah pada gua. Jadinya gua xde Tuah nak beli kasut idaman gua.

Hari khamis lepas waktu pejabat gua shoot pergi Bukit Bintang terus, nak usya kasut idaman gua versi bundle. Hang Tuah marah, tak de warna dan saiz pula. Takpe gua stedi lagi. Gua pusing-pusing bb plaza, gua jumpa satu kedai yang jual kasut jenama idaman gua. Hang Tuah marah lagi, tak de warna idaman pula. Gua buat-buat stedi lagi.

Hari jumaat lepas waktu bekerja gua cuba misi mencari kasut idaman sekali lagi. Ini kali gua nak ke KLCC. Ade bunga teman gua (terima kasih). Dari pejabat gua pergi ambil bunga di rumah, dari rumah bunga nak ke KLCC, Hang Tuah marah, jalan jem, ada kemalangan kecil, gua buat stedi. Sampai KLCC gua terus shoot Isetan, gua belek kasut lebih kurang, gua tanya size pada cik tukang jual. Hang Tuah marah, cik tukang jual kata tak ade saiz. Hati gua tetiba jadi panas + sedih. Tak pe gua pusing-pusing KLCC lebih kurang, Hang Tuah marah gua lagi, croc tipu gua pulak buat hal. Dalam perjalan nak hantar bunga pulang, Hang Tuah marah lagi, lampu trafik rosak. Dah hantar bunga pulang, gua nak pulang ke rumah, Hang Tuah marah lagi, jalan jem. Haish.

Hang Tuah memang tak suka orang yang derhaka. Sebab gua dah derhaka sama bonda gua, misi gua nak mencari kasut langsung tak ada TUAH.

C I B A I !