Sep 25, 2010

Derhaka

Semalam gua dah dapat title derhaka. Minta-minta bonda gua tak baca blog gua ni.

Gua tengah seronok berfoya-foya kat pejabat, tetiba satu panggilan masuk. Bonda gua call dan cakap nak beli kasut gua. Berdasarkan pengalaman silam bonda gua, beliau tak akan beli barang gua tanpa persetujuan gua, dan gua tak akan bersetuju tanpa melihat barang yang akan dibeli.

Ya, gua memang cerewet. Jadinya gua kene ke jusco wangsa maju untuk memuaskan hati bonda gua. Sebenarnya gua memang tak nak kasut kasual-kasual sangat. Hati gua dah terpaut pada sepasang kasut lain yang tak dijual kat jusco. Gua dah setting duit gaji hujung bulan ni untuk rembat kasut pujaan hati gua.

Disebabkan bonda gua dah berada di jusco lebih awal. Gua sampai lewat sikit. Gua paking lebih kurang, gua terus gegar bahagian kasut dekat jusco tu, gua tanya kasut mana yang takde size besar. Jurujual tu dengan muka kehairanan menjawab soalan yang barangkali pertama kali dijawab oleh jurujual tersebut.

Bila dah dapat jawapan, gua dengan muka sengih-sengih pergi kat bonda gua. Layan teh tarik sepam dua. Dan bergegas ke bahagian kasut semula. Gua belek-belek kasut lebih kurang, pastu gua tunjuk kasut yang kononnya gau berkenan. Bonda gua kasi green light. Pastu minta size pada jurujual. Tapi jurujual kata tak ada size. Bonda gua pulang dengan perasaan hampa tak dapat beli kasut untuk anaknya.

Gua jadi gembira sebab bonda gua nak kasi rm 200 untuk beli kasut lain. Lu tunggu je cerita pasal kasut baru gua nanti. HAHAHA

Sep 10, 2010

Sakit Raya

1 Syawal - sakit kepala.

2 Syawal - sakit perut.

3 Syawal - ???

(akan di update jika berterusan)



update 18 sept :

memang macam celaka lah kan. hari ni dah syawal keberapa entah sakit ni tak bosan ke lepak ngan gua. syuh-syuh!

Sep 9, 2010

Salam raya

Gua tahu mulut gua sangat macam celaka. Laju je nak mencarut, menyakitkan hati orang, maki-maki orang, main-mainkan orang, dan macam-macam lagi. Tangan gua pun boleh tahan juga nakalnya. Sedap-sedap je cepuk orang, kacau orang sana-sini, dan macam macam lagi. Kaki gua pun kadang-kadang rajin je nak bertindak untuk mengacau orang.

Dengan itu gua Adliotto nak minta maaf kat semua yang terlibat dalam projek mengacau orang. Terutama sekali yang selalu menjadi mangsa gua. Gua sayang kat lu orang sebab tu gua suka gurau-gurau manja macam tu.

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

p/s : amacam ada teks gua ni kalau gua jual kat tv3 untuk rancangan sampaikan salam raya laku tak?

Sep 7, 2010

Illuminati

Topik gua hari ni panas juga kot. Tapi ni pendapat gua je. Kalau lu boleh terima, lu terima, lu tak boleh terima pun gua tak paksa. Blog gua ade ruangan komen untuk lu komen apa yang lu nak.

Isu illuminati jadi semakin panas sejak tv3 keluarkan iklan raya yang kononnya berkaitan dengan illuminati. Gua tak tengok tv sangat, tapi gua ade tengok iklan tu di youtube. Dan gua dengar tv3 dah pun tarik balik iklan tu. Patut dah boleh kire setel dah.

Gua naik letih dengan pemikiran cetek sesetengah orang sekeliling kita. Asal ada corak checked board je dah kaitkan dengan illuminati. Asal ada gambar mata,illuminati. Kalau ade gambar berbucu 5/6 pun kena attack kata illuminati juga. Sudah-sudah la nak taksub tak bertempat macam ni.

Teori gua senang. Lu bikin atas niat apa, kalau niat lu memang nak berilluminati memang illuminati lah outputnya. Ini kalau ade tersama sikit dengan simbolik-simbolik illuminati, lu dah attack terus. Lu yang taksub sebenarnya. Gua bagi contoh paling mudah, semua orang ada mata, kalau sebelah mata kita masuk habuk, mesti kita tutup sebelah mata dan gosok mata yang dimasuki habuk tersebut. Jadi secara automatik mata kita sebelah tertutup dan sebelah terbuka. Adakah itu bermaksud kita sedang menunjukkan simbol illuminati?

Hahaha

Senang kan contoh yang gua bagi. Sama juga macam kes-kes yang lain. Tak payah nak fikir illuminati sangat lah.

Illuminati boleh pergi mati!!

Sep 4, 2010

Tiada Lagi 'Disqus' Di BeLOGADeLI

CIBAI!

Seronok dapat mulakan tulisan dengan carutan. Dulu masa sekolah-sekolah tak boleh nak tulis macam ni. Nanti kene panggil dengan cikgu disiplin. Haha

OK. Topik asal. Sebelum ni gua uruskan komen dengan 'Disqus', tapi gua rasa blog gua jadi berat satu macam. Gua x suke bende2 "BERAT" ni. haha.

So kalau komen lu hilang, lu jangan nak marah gua sangat. Kita tutup buku lama, buka buku baru. Amacam?

Sep 2, 2010

Kepuasan Dengan Pasangan

Gua punya pasangan sentiasa memberi kepuasan. Tiap-tiap hari gua balik dari kerja gua terus cari pasangan gua. Gua tau dia setia menunggu gua. Gua balik dari kerja je dia dah standby atas katil. Tapi kadang-kadang dia nak game gua dia main nyorok-nyorok bawah katil. Tapi gua tak kisah sangat. Yang penting kepuasan yang gua dapat.

Orang kata bulan puasa ni tak boleh nak bersenggema sangat dengan pasangan. Tapi gua tahu apa gua buat. Gua boleh dapat kepuasan dengan pasangan dan berpuasa pada esok hari. Chill ah, pandai-pandai lah.

Kepuasan yang pasangan gua bagi memang king. Gua tak pasti kalau ada benda lain yang boleh bagi gua kepuasan macam yang dia bagi. Setakat ni gua bahagia, tak terfikir nak curang pun, tapi terfikir nak tambah cawangan je. Haha.

Gua pernah terfikir nak suarakan hajat memperisterikan pasangan gua. Tapi gua risau bonda gua daftar nama gua kat Tanjung Rambutan je.

"GILA APA KO NAK KAHWIN DENGAN KOMPUTER!!"