Aug 27, 2010

Baik @ Jahat

Gua boleh jadi baik, gua boleh jadi jahat. Tapi kalau gua jadi baik pun kadang-kadang orang kata jahat. Dan kalau gua jadi jahat orang kata gua baik.

Gua pun musykil, definisi baik dan jahat ni sebenarnya macam mana? Dia di klasifikasi secara am atau secara khusus. Gua pun tak tau macam mana nak contohkan kekeliruan kat benak gua ni. Tapi yang gua tau gua tengah keliru tentang macam mana kita menilaikan baik atau jahat seseorang.

Kasi gua sedut OKSIGEN gua dulu!!!

*gua baik ke jahat?

Aug 26, 2010

Pujaan Hati

Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain...

Gua fikir sekejap. Gua rasa macam gua dah buat keputusan yang betul. Tapi gua ambil masa untuk ber fikir lagi.

Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain...

Ini kali keyakinan gua lagi meningkat. Makwe lain yang gua pandang tak dapat bagi gua kepuasan macam dia bagi kat gua. Gua punya pemikiran dah jadi berat sebelah.

Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain...

Gua semakin menghamipiri dengan dia. Gua cium dia. Perghh, menusuk kalbu. Gua hampir memberi jawapan muktamad. Tapi gua nak pandang makwe lain buat kali terakhir.

Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain. Gua pandang dia, gua pandang makwe lain...

Ini kali gua dah mula rapat dengan dia. Gua yakin dia lebih menenangkan gua berbanding dengan makwe-makwe lain. Gua tak pernah dikecewakan oleh dia berbanding dengan makwe-makwe lain.

Gua terus layan Benson gua.

Inilah kepuasan yang lebih bermakna berbanding dengan makwe.

Aug 24, 2010

Hidup Gua, Cara Gua!

Gua hidup jarang nak susahkan lu. Lu boleh jaga lu punya hal, gua jaga gua punya hal. Senang bukan? Memang senang kalau lu dah praktikkan dari dulu. Tapi masalahnya, lu dah kacau line gua. Gua dah jadi panas.

Macam ni lah. Kita settle cara lelaki.

NAMA GUA ADLIOTTO. GUA HIDUP DENGAN CARA GUA. KALAU GUA RASA TAK BERKENAN DENGAN CARA ORANG YANG NAK CONTROL GUA, GUA CHOW. KALAU LU SIBUK-SIBUK NAK TUKAR CARA GUA, SILAKAN. TAPI KALAU LU SALAH LANGKAH, HATI GUA JADI PANAS. GUA MINTAK MAAF SIAP-SIAP.

NAMA GUA ADLIOTTO. GUA HIDUP DENGAN CARA GUA.

selamat hari raya!

Aug 19, 2010

Gua tak FAKAP

Gua memang selamba mencarut kat mana-mana gua suka. Sepanjang perjalanan hidup gua macam-macam benda gua dah rasa. Gua pernah lalu jalan gelap, jalan sempit, jalan selesa, jalan berlubang, dan jalan sehala. Kadang-kadang tu NO ENTRY pun gua langgar.

Gua bukan cerita pasal skill pemanduan atau penunggangan gua. Tapi pasal hidup gua. Gua malas nak bercerita pasal hidup gua. Kalau gua cerita pun lu orang bukan nak baca pun. Lu tengok kamus dewan bahasa pun dah migrain, ni kan pula nak baca kisah hidup gua yang kalau gua tulis cerita dia boleh cecah 13 naskah kamus dewan bahasa punya tebal.

Point utama yang gua nak kongsi. Hidup mesti happy. Lu dapat masalah macam mana pun lu mesti happy. Gua dah praktikkan benda ni lama dah. Dan output yang gua dapat sangat positif. Lu orang boleh cuba!

Aug 13, 2010

Ini Berat.

Apa yang berat pun gua tak tau. Yang gua tau badan gua memang berat walaupun gua jarang guna mesin penimbang berat. Sekilas pandang pun gua boleh tau yang badan gua berat. Lu orang pun kalau sekilas pandang kat gua pun lu orang boleh tau yang gua ni berat.

Celaka. Gua bukan nak cerita pasal berat badan gua. Tapi gua nak sembang pasal hidup gua yang berat. Apa yang berat pun gua tak tau. Tapi gua rasa macam berat je.

Apa yang berat pun gua tak tau. Hidup gua ni lebih kurang je macam lu orang jugak. Makan-rokok-kerja-rokok-tidur-rokok. Ya, gua memang seorang penagih rokok. Gua pun tak tau apa yang seronok sangat dengan rokok. Tapi nama pun ketagih. Gua layan je.

Gua tak de makwe nak layan gayut panggilan atau sms. Ini bagi gua tak berat sangat. Gua sendiri hidup dah cukup sibuk, lagi mahu tambah satu lagi hidupan dalam kehidupan gua. Ini boleh jadi kes berat. Tapi apa yang berat pun gua tak tau.

Hidup gua ditemani dengan komputer gua yang merangkap teman hidup gua. Joyah namanya. Ya, memang nama beliau bunyi kekampungan. Tapi gua peduli apa. Bukan dia ade perasaan pun. Hari-hari gua gentel butir-butir huruf mahupun nombor yang ada pada badan Joyah. Gua tak tau dia puas ke tak dengan gua. Yang penting gua puas.

Selain Joyah, gua sekarang tengah seronok layan buku. Buku-buku yang gua baca bukanlah buku teks sekolah mahupun buku ilmiah. Tapi buku-buku merepek,bukan buku yang berat. Apa yang berat pun gua tak tau. Nanti gua kasi satu entri pasal buku-buku gua. Bukan banyak mana pun. Gua baru je nak berjinak-jinak dalam bidang membaca ni.

Gua ada sebijik nintendo ds lite. Tapi gua jarang belai ds gua tu. Bukan sebab gua bosan. Tapi gua teranak tirikan ds gua. Gua lagi seronok layan Joyah sama buku-buku gua.

Sekarang gua rasa entri ini sudah jadi berat. Apa yang berat pun gua tak tau.

Yang paling gua musykil, kenapa gua tulis entri macam ni? Apa yang gua nak sampaikan sebenarnya? Ish. berat betullah.

Tapi...

APA YANG BERAT?

Aug 10, 2010

Persediaan Puasa 2010

Esok nak puasa. Gua dah terbayang suasana kat pasar juadah. Gua dah aim dah beberapa jenis makanan dan minuman untuk santapan waktu berbuka kelak.

Antara juadah yang menjadi kegilaan gua :

- Popia basah sambal lebih.
- Murtabak daging.
- Samosa daging.
- Roti John daging.
- Dadih perisa vanila.
- Kuih sagu.
- Kuih kole kacang.
- Air soya
- Air tebu

Ini memang pilihan utama gua untuk berbuka puasa. Bab makan berat-berat gua rasa macam tak syok sangat. Jadi gua lebih terarah kepada juadah-juadah yang di senarai di atas.

Apa macam steady tak persiapan puasa gua???

Aug 8, 2010

Maskara

Gua bukan nk cerita pasal maskara yang ditepek kat bulu mata tu. Tapi pasal event Maskara anjuran Sindiket Sol-jah.

Gua sengaja gerak awal ke tempat kejadian. Sebenarnya gua takut tak jumpa tempat. Gua fail sikit kalau bab-bab mencari tempat ni. Gua dah sampai, gua rilek-rilek dalam kereta dulu, gua cantas kuku tangan sama kuku kaki dulu,dah panjang dah gayanye. Layan rokok dua tiga das. Gua mula menerjah tapak pesta tu.

Gua singgah meja-meja jualan gua cekau "Cerk45" sama "Siapa kekah bidan sepiah". Dan sehelai baju-t Maskara. Gua ambil tempat, dan layan filem-filem yang ditayangkan. Pinggang gua sikit lagi nak patah sebab duduk lama sangat. Sampai tamat separuh masa pertama, gua chow. Haha.

Sori abang-abang sol-jah. Gua mmg nk layan sampai habis, tapi gua dr opis-kena paksa jamming-rumah rakan-rumah pena. Tu belum campur perjalan pulang lagi. haha

p/s : macam la abang-abang sol-jah tu heran aku balik awal ke ape ke.haha


Lokasi kejadian : Rumah Pena
Tarikh : 7 Ogos 2010