Jul 24, 2010

Hujan Pembawa Magis

Gua dah setting dengan Bebob untuk ke solaris mont kiara dengan niat untuk menonton beberepa persembahan. Monoloque, Iqbal M, Keladak, Beeha, barisan bakat-bakat yang dianggap wajib tonton membuat gua dan Bebob teruja untuk ke solaris mont kiara. Mengikut jadual majlis akan bermula pada jam 3.

Pukul 12++ gua bangun gua sms Bebob "ni agak2 cmne ni?". Bebob membalas dengan " Gua x anta adk gua lg ni...kjp lg bru nk grk". Gua rilek-rilek lagi.

Selang beberapa min(sejam lebih) mood gua dh lari sikit, gua text bebob lg "Gaya mcm x jd je lu ni". Bebob menjawab dengan "...gua otw anta adk gua..". Gua gagahkan diri dengan sisa-sisa semangat yang ada untuk terus bersiap. Gua turun start enjin kereta. Fon gua berdering,sms dari Bebob "Kiwak,ngantok...","jalan jem" katanya lagi.

Gua berbalas sms dengan bebob secara lebih kurang. Hujan mula turun. Misi untuk ke solaris dah gagal. Bebob tanye "ape yang menarik boleh dibuat". Gua mulakan perancangan plan B dengan secepat mungkin dan idea nak ke low yatt muncul memandangkan ds gua ade sedikit kerosakan minor. Bebob hampir bersetuju.

Selang beberapa sms yang dihantar dan diterima hujan mulai turun.

Sender : adliotto
"Gua dh atas katil...syurga"
sms gua yang diterima Bebob.

Santai

adliotto.blogspot.com akan disantaikan sedikit kerana kelahiran cawangan baru yang dipanggil kuturock.wordpress.com

hahaha satu blog pon dah berhabuk macam mana lah agak nye nasib kuturock.wordpress.com tu agak nye.

Jul 21, 2010

IKHLAS

Gua punya mulut memang macam celaka.
Yang penting IKHLAS.
Gua main tegur je benda-benda yang jadi depan mata gua.
Yang penting IKHLAS.
Makcik, pakcik, kakak, abang, adik, bos, kuli, kawan, kawan kepada kawan, semua gua sapu.
Yang penting IKHLAS.
Gua tengah tunggu masa je...
Yang penting IKHLAS.
Ade yang sepak gua, lepas tu cakap :

Yang penting IKHLAS.

Jul 10, 2010

Haluan Kiri?

Gua bukan nak cerita pasal komunisme atau perjuangan kiri dalam sejarah Malaysia/Dunia. Tapi gua nak cerita pasal event yang dipanggil HALUAN KIRI kat bentley.(oh ni masa 4 Julai)

Jojet, Lola, Rosli Mohalim, Jembo, Shahrin band.

ROCKERS LAGENDA BEB!!!

hahaha. pergi mampus sama galeri foto yang ade.gua nak layan rock je!!!

* 10 Julai gua layan bunga. gua x janji nk update. tapi kalau gua rajin gua tulis.

Gua nak sambung cerita!

Masih 3 julai!

*Gua tgh sakit kepala,tapi gua nk abeskan gak cerita gua.

-Gua pusing2 kat dataran shah alam.

-Gua buntu nak layan world cup atau frinjan.

-Bebob cekau cd,gua cekau buku.

-Gua nekad nak layan frinjan sama bebob.

-Gua tengok tv besar kat dataran shah alam pasang video spider.

-Gua layan spider/awek-awek datang frinjan/persembahan yang pelbagai.

-Tv besar tayang world cup secara langsung.(gua sama bebob dah gembira)

-Gua dapat layan Iqbal M., Keladak, argh senang citer frinjan ah!! sama world cup.

PUAS!!!

Jul 4, 2010

Hujung Minggu yang LENGKAP

Sabtu 3 Julai 2010

-Gua bangun jam 0700,bonda gua kejut. Bonda gua nak balik kampung,gua tak follow sebab gua KERJA hari tu.

-Gua gerak pergi ofis jam 0800. Gua tapau kuih sagu sama kuih cekodok siap-siap. Gua takde mood nk mkn berat-berat pagi tu. Perut gua rasa lain macam.

-Gua sampai ofis jam 0835. Gua terus naik, bukan jiwa atau hati gua yang suruh gua naik awal. Tapi perut gua yang meronta-ronta suruh gua cari jamban.LEGA~

-Gua buat kerja macam biasa. Kerja gua menaip je. So gua taip-taip-taip-kencing/hisap rokok-taip-taip-taip-makan-kencing/hisap rokok-taip-taip-taip-makan-kencing/hisap rokok sampai lah waktu bekerja gua tamat pada jam 1300.

-Gua dah selesai punchcard/thumbprint(pejabat gua gune thumbprint je), gua turun tangga dari tingkat 13 sambil menghebus asap-asap B&H.

-Gua sampai bawah gua tunggu sorang kakak pejabat gua pasal gua dah janji nak bawa die pergi ke kedai perabot. Gua, kakak pejabat gua, rakan pejabat gua mulakan perjalanan mencari kedai perabot.

-Gua dah sampai kedai perabot gua layan kan keinginan kakak pejabat gua yang mencari perabot yang sesuai dengan jiwa dan kehendak nya.

-Lebih kurang 1500 gua hantar kakak pejabat gua pergi ke kawasan pejabat semula. Ada urusan katanya.

-Selesai hal kakak pejabat gua terus shoot ke arah rumah sahabat gua. Bebob. Nasib gua baik sebab gua ade gps hidup yakni rakan pejabat gua yang tinggal berdekatan dengan rumah sahabat gua. Gua tak sesat!

-Lebih kurang 1600 gua tiba di rumah sahabat gua. Misi gua kali ini, nak hantar rakan pejabat gua pulang pula.

-Selesai hal kakak pejabat dan rakan pejabat. Fokus gua ke arah nak ke rumah nenda gua pula. Gua tempuh perjalan ke Shah Alam dengan niat suci dan perut yang lapar. Jalan boleh tahan juga sesaknya.

-1800 gua sampai rumah nenda gua,gua salam nenda sama makcik gua, gua terus terjah dapur. Nasib gua tak berapa baik. Nasi goreng lebihan sarapan pagi nenda gua je yang ada,tu pun 1 pinggan je. Gua tak fikir banyak, gua hadap dengan sahabat gua,bahagi lebih kurang sama rata.

-Selesai makan gua bawa makcik gua ke pasar malam. Makcik gua cari barangan dapur untuk bekalan satu minggu. Gua sama rakan gua menunggu sambil mata meliar sekeliling pandang warga-warga yang datang ke pasar malam. Pasar malam seksyen 19 Shah Alam tak happening sangat.

-1900 gua sampai ke rumah nenda gua lagi sekali. Makcik gua terus hidang yong tow foo yang dibeli di pasar malam td. Selesai hal makan gua solat dulu.Selesai olat gua mula susun ayat nak beransur.

-Gua salam makcik gua. Gua salam nenda gua, nenda gua marah gua sebab dah lama x pulang. Gua tersentuh seketika. Gua cakap sama nenda gua nanti gua datang lagi, nenda gua senyum. Gua lega.

-Gua shoot ke dataran shah alam. Pekan frinjan dikatakan berlangsung kat situ gua tengok sunyi je. Tak meriah seperti pekan frinjan yang gua pernah tertengok dan gua dengar sebelum-sebelum ni.


*Gua penat nanti gua sambung!