Mar 23, 2010

SEDAR

HAHAHAHA
Sekarang baru gua sedar bertapa pentingnya EPF & pengalaman. Ok, memang gua kelakar,dah tua pun masih berfikiran macam celaka. Tapi takpe, biar kene gelak sekarang daripada gua sesat sampai bila-bila.

Kesedaran ni bermula bila gua fikir nak beli rumah. Sekarang ni gua kerja dengan pendapatan yang tak menentu, apa jaminan yang gua ada untuk masa depan aku? Hmm...Dah puas gua fikir, gua kaji, gua selidik, jawapan yang ada ialah EPF!

Lagi 1, pasal pengalaman. Orang tua-tua cakap; banyak pengalaman banyak faedahnya (ade ke orang tua cakap camni?). Ni pun dah sedarkan gua,nak buat bisnes main langgar je pun x boleh jugak biarpun gua follow orang yang gua kenal untuk buat bisnes. Tapi takpe, biar gua slow-slow jalan bisnes gua. Gua pergi cari pengalaman dulu kerja tempat lain. Amacam???

Mar 14, 2010

Celake!

Gua dah taip panjang-panjang. Gua dah save, tapi gua lupa gua save kat mana...haish!!!

Mar 11, 2010

Ceramah

Sebenarnya bukan gua malas. Tapi gua ketandusan idea nak berceramah kat sini. Kalau time gua ade idea pon, masa pula mencemburui gua...

Haih nantilah gua kasi 1 ceramah baik punya kat sini!!!