Oct 30, 2009

Bercerita tentang cerita

Menulis.
Meluahkan.
Menceritakan.
Menukil.

Perkataan berbeza yang membawa makna yang sama. Tujuannya hanya 1, membebel di blog yang berhabuk hampir-hampir berkulat. Bukan masa untuk menulis secara serius, tetapi setiap masa adalah untuk menulis dengan tulus. Cukup.

Bila rasa sedih ingin bercerita di blog.
Bila rasa seronok ingin bercerita di blog.
Bila rasa tertipu ingin bercerita di blog.
Bila rasa marah ingin bercerita di blog.
Bila rasa sayang ingin bercerita di blog.
SAYANG!!!

Oct 22, 2009

Hati Gembira

Hati gembira bila komputer riba sudah pulih dari kerosakan
Hati gembira bila tiap-tiap malam dapat online
Hati gembira bila boleh main game tanpa mengira waktu
Hati gembira bila boleh main game tanpa ada gangguan
Hati gembira bila boleh teruskan misi ber'blogging'
Hati gembira bila boleh menyambung kerja-kerja tertunggak
Hati gembira bila Karmic Koala akan keluar tidak lama lagi